“The Power of 20 cents” merupakan satu program di bawah unit HEM bermatlamat mengutip dana untuk penyelenggaraan, kebersihan dan keceriaan tandas sekolah. Ia berbentuk sumbangan ikhlas daripada murid, guru dan kakitangan sekolah sebanyak 20 sen pada setiap minggu.

Tandas Bersih Hidup Sihat berpegang kepada moto tersebut maka unit HEM SMK La Salle menganjurkan program ini. Kebersihan tandas adalah tanggungjawab besama juga merupakan titik permulaan program ini untuk menanam rasa tanggungjawab dalam diri semua warga LSPJ untuk menjaga kebersihan dan keceriaan tandas.