Kejohanan Ragbi MSSD Petaling Utama telah berlangsung pada 1-2 Februari 2017. LSPJ menjadi tuan rumah kejohanan yang disertai oleh 7 buah sekolah menengah bagi kategori Bawah 18(u18).

     

LSPJ berjaya ke peringkat akhir perlawanan menentang SMK Kota Damansara 4 (KD4) yang juga merupakan juara bertahan kejohanan ragbi MSSD Petaling Utama. Dalam perlawanan akhir yang sengit tersebut, LSPJ mendapat kemenangan 10-7 dan seterusnya dinobatkan sebagai JUARA kejohanan. Tahniah diucapkan kepada semua pengurus dan pemain ragbi sekolah.