Visi sekolah bebas dadah adalah melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan kurikulum, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.

Antara objektif projek laluan PPDa ialah

  • Menimbulkan kesedaran kepada diri pelajar tentang bahaya DARIH.
  • Menanam sikap bertanggungjawab terhadap diri, dan keluarga dengan menjauhi DARIH.
  • Menanam sikap positif, meningkatkan keyakinan diri, beramanah, berkesungguhan dalam pelajaran dan mempunyai wawasan yang baik.
  • Melahirkan individu yang sihat tanpa dadah dan bersyukur di atas apa yang dianugerahkan untuk dirinya.
  • Sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi kurikulum