4 Oktober 2018

Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2018 untuk menghargai jasa guru-guru dan ahli jawatankuasa setiap unit kokurikulum. Penyampaian hadiah untuk Karnival Sukan dan Bulan Patriotik juga diadakan bersama Majlis Anugerah. Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Encik Sehar merasmikan majlis dan memberikan ucapan motivasi kepada semua pelajar. Puan Teo Boon Hwa memberitahu harapan beliau untuk tahun depan iaitu tahun 2019.
Tahniah diucapkan kepada Puan Arpah Bt Judin, Unit Kokurikulum sekolah dan ahli jawatan kuasa Majlis.

SAPIENTA ET CARITAS