13 Oktober 2018

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bersama pihak sekolah telah menganjurkan Zumbathon dan Hari Sukan Negara. SMK La Salle PJ adalah sekolah bantuan modal kerajaan yang amat mengharapkan bantuan masyarakat setempat bagi membantu melengkapkan prasarana dan keselesaan pelajarnya. Majlis bermula dengan pendaftaran pelajar, guru dan ibubapa. Selepas ketibaan tetamu hormat, acara Zumbathon bermula. Untuk menyempurnakan Hari Sukan Negara, Pertandingan Bola Sepak Liga Junior diadakan oleh Pihak sekolah. Majlis berakhir dengan nyanyian school rally.

Objektif majlis ini ialah seperti berikut:

  • Menggalakkan gaya hidup yang sihat dalam kalangan pelajar
  • Mewujudkan masyarakat berbudaya sukan
  • Memupuk perpaduan
  • Menjana dana PIBG
  • Melengkapkan kemudahan sukan dan kokurikulum

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Hari Sukan Negara dan Zumbathon 2018.